Selamat Hari Raya!
Thursday, August 23, 2012 • 3:54 AM • 0 comments Assalamualaikum. 안녕하세요 ! Aku baru teringat yang aku belum ucap Selamat Hari Raya kat korang semua. hehe~ Maklumla, raya sakan. Selamat Hari Raya kepada semua yang membaca entry saya pada hari ini dan yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin. Saya, Dini Nurina bt Azhan meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada salah atau tersilap kata. Tahun ni, aku raya kat kampung sebelah ibu aku sebab last year dah kampung sebelah ayah aku. Kena la bergilir-gilir, baru la fair and square. As usual, hari raya pertama, semua family gathered in one place. Kalau family aku, semua berkumpul kat rumah mak long aku. Every year memang berkumpul kat rumah dia, dah takde tempat lain dah. Why? Sebab rumah mak long aku boleh dikatan agak besar dan muat untuk semua family berkumpul. Acara pertama pagi tu ialah sesi bergambar beramai-ramai. Cameraman ada 3 orang, ayah aku, Abg Man and sepupu aku, Naim or aku biasa panggil dia Abg Teh/Ateh. Tapi pagi tu Ateh dah chow ngan cousin dia yang lg satu, pergi beraya. Amboi~ dah tak sabar-sabar nak raya diorang ni. Tema warna family aku tahun ini ialah biru, family maklong aku warna gold and family maksu/Sujah warna kelabu. Nak tengok ke gambar family? Tak payah la..... Biarlah rahsia~ Bila semua dah habis bergambar, kebetulan si Ateh tu baru balik. Padan muka, dah terlepas dah nak amik gambar dengan family. Tapi takpe, sebab dia dah amik gambar dengan family sebelah ayah dia. Aku ni cousin sebelah mak dia. Faham? Pastu Ateh buat sesi bergambar dia sendiri dengan cousin-cousin lelaki sebelah ayah dia. Nak tengok tak? Okay okay~ Aku kasi tengok. p/s : Aku seludup gambar ni dari PC! haha. Okay Okay. Tu la diorang. Poyo gila~ errr.... Which one is Ateh? Teka la sendiri. Kalau korang pandai, korang tahu la yang mana Ateh tu. Lepas amik gambar semua, tibalah masa untuk beraya!! Entah kenapa aku nak sangat makan lontong. Since kampung aku kat Terengganu bukan Johor, so our main menu not lontong. Aku duk melalak-lalak nak makan lontong macam orang mengidam. haha. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Aku cakap MACAM mengidam okay. I repeat MACAM. Pastu cousin aku bawak balik lontong dari rumah Makde. Menantu Makde tu orang Johor. ufufufu~ Tapi dia bawak balik sikit je. Maklong aku makan sikit pastu aku habiskan. Ya Allah! sedap sangat sangat. Tak cukup tahu tak. Pastu aku pergi pujuk ibu. Ibu cakap nanti kalau ada masa, ibu nak buat lontong untuk aku. Bukan main suka lagi aku. hoho ^O^. I love you la ibu ^^ Okay tu je. Aku malas la nak cerita banyak-banyak. Nanti-nanti la aku sambung, okay? okay? Jangan la marah~ Sebagai hadiah, aku share gambar sikit-sikit ^^ Comel tak? Ni cousin aku, nama dia Nurul Fatma Ilya ^^ *suka mata dia yang bulat tu* This is the last. Selamat Hari Raya daripada saya dan family saya ^^ Maaf Zahir Batin |
MY WORDS♡
GIVE ME YOUR WORDS♡
CHATCHAT BOX♡ BLOG ARCHIVE♡ |